Thursday, August 27, 2009

Susah Senang kehidupan

Dalam kepayahan Kau berikan kemudahan
dalam kesusahan Kau berikan kesenangan
dalam keresahan Kau berikan kelapangan
dalam kesamaran Kau berikan sinaran

Dalam kedaifan Kau berikan kemuliaan
dalam kehilangan Kau berikan penemuan
dalam kesepian Kau berikan keriangan
dalam kedukaan Kau berikan kegembiraan

Dalam keseorangan Kau berikan pasangan
dalam kekecewaan Kau berikan harapan
dalam pencarian Kau berikan jalan
dalam rintihan Kau berikan kelegaan

Dalam kesakitan Kau berikan kesejahteraan
dalam kelemahan Kau berikan kekuatan
dalam kekurangan Kau berikan kelebihan
dalam tekanan Kau berikan ketenangan

Dalam permohonan Kau berikan perkenan
dalam kejahilan kau berikan hidayah
dalam kealpaan kau berikan pengajaran
dalam keinsafan kau berikan keampunan

Dan dalam kematian Kau berikan kehidupan akhirat yang kekal abadi...
Ya Allah, Kau sentiasa menyayangi hamba-hambaMu
dengan segala macam nikmat yang tak mampu ku sebut lagi...
Alhamdulillah.

Thursday, August 20, 2009

Wednesday, August 19, 2009


Hamba Allah yg mengharap keredhaan dan rahmatNya. Tanpa Kasih sayangMu Ya Rabbi siapalah hamba ketika ini. Tanpa HidayahMu yang Kau campakkan suatu ketika dulu tidak akan kurasai nikmatnya Iman dan Islam dlm jiwaku sehingga kini. Aku kembali padaMu penciptaku dari kealpaan dunia.. dari syaitan yang mengoda. Terimalah taubatku.. bersihkanlah jiwaku. Cukuplah Islam sebagai agamaku dan Iman sebagai pendindingku.. cukuplah ALLAH sebagai Tuhanku yang satu....



BILA NUR MELIMPAH DI HATI

Aku bersyukur padaMu ya Allah kerana doaku akhirnya Kau kabulkan. Cerita anakku M....d benar-benar menginsafi kebesaranMU. Kau Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani…walaupun pada hambaMu yang daif lagi banyak berdosa ini.

Kalau sebelum ini jenuh juga aku menyuruhnya bersolat, berbagai sebab dan alasan. Liat saja geraknya. Alhamdulillah sejak 2 ke 3 hari ini ku lihat dia berubah sikap. Bila masuk sahaja 5 waktu solat dia sudah bergegas ke surau. Tertanya-tanya juga apa gerangan apa punca. Sebagai ibu terasa sejuknya melahirkan anak mendengar kata. Amalan-amalan yang cuba kulakukan untuk melembut hatinya menampakkan hasil. Syukur Ya Allah.

Akhirnya terbongkarlah kisah rupanya dia bermimpi dia tiada lagi di dunia ini. Menghadapi sakaratul maut bunyinya. Di dalam mimpi seorang budak berada terapung-apung di atas kepalanya. Budak itu memberitahu yang anakku dan dia sudah mati dan sekarang sedang menanti diri untuk dihitung sebelum mengadap Allah di atas sana. Malangnya budak itu tidak dapat meneruskan perjalanannya kerana masih ada lagi dosanya yang tidak tertebus. Anakku lagilah masih tidak dapat bergerak kerana dosanya ada 4 kali lebih banyak dari budak itu. Ketika itu dia menyesal kerana selama ini dia rasakan usianya masih muda dan berkesempatan. Dia nekad bertaubat sekiranya diberi peluang untuk menebus segala dosa-dosanya. Akhirnya dia tersedar dari mimpi dan menanggis teresak-esak mengenangkan mimpi tersebut.

Kisah anakku sama dengan kisahku. Ketika nur melimpah di hati..ketika Allah memberi hidayah dalam hidupku. Ya Allah bersyukurnya hamba atas anugerahMu ini. Masih ku ingat lagi ketika itu usiaku 16 ke 17 tahun. Penempatan aku di asrama SMTM banyak merubah perjalanan hidupku. Berjauhan dari ibubapa dan adik-beradik tersayang telah menyedarkan aku akan kekurangan diri ini. Aku nekad selepas itu aku tidak mahu bergaduh dgn mereka apatah lagi melukakan hati kedua ibubapaku. Suasana di sana yang tidak sunyi dari pengisian dan amalan-amalan rutin di asrama seperti bacaan yassin serta al-mahturat setiap malam telah sedikit sebanyak melembutkan hatiku.

Suatu petang aku bersolat asar seperti biasa di surau. Ketika berdoa tiba-tiba tangan yang ku tadahi di penuhi ulat-ulat yang banyak. Aku terkejut dan beristighfar. Aku jadi takut apakah dosaku hingga Allah melemparkan pandangan mataku melihat benda-benda seperti itu walaupun hanya seketika. Aku menanggis sepuas-puasnya mengenangkan dosaku . Memang kuakui solatku ketika itu hanya rutin, mungkin paksaan dari senior. Bacaanpun tidak sempurna. Kekhusyukan solat sukar diduga, rasanya angan dan tidak sedar bermain di mata. Aku bagaikan tersedar dari mimpi yang lena, dibuai diulit permainan jiwa. Puas kucari jawapannya merujuk sahabat yang arif. Mungkin ini petanda hidayah yang Allah turunkan untuk aku kembali kepadaNya dari kecuaian. Bertolak dari situ hatiku cenderung untuk mendekatiNya.

Aku berusaha sedaya upaya membaiki solat dan bacaan Al-Quranku. Aku tidak malu untuk bermula dari Muqaddam dan mencari guru mengajarku walaupun junior. Setiap ceramah terasa menyusuk di hati. Semakin banyak yang ku dengar semakin kerdil rasanya diri ini dan semakin ingin diperbaiki. Semangat ku berkobar tapi jiwa ku sayu mengenangkan kekurangan diri. Solat yang ku tinggalkan sedaya upaya ku qadakan mengikut kemampuan. Aku menghitung berapa tahun solat yang telah ku tinggalkan. Alhamdulillah jalan ku untuk mendekatiNya tidak putus-putus. Rupanya Allah maha mendengar rintihan hambaNya walaupun dari aku yang tidak punya apa-apa. Aku yang banyak berdosa, aku yang alpa dan aku yang tidak selayaknya. Alhamdulillah…

Seorang demi seorang hadirnya sahabat yang terus membimbingku. Memberi panduan dan tunjuk ajar. Buatmu Alifah: jasamu ku kenang sehingga ke hujung nyawaku. Walaupun kau hanya penghantaraan Allah membimbing ku ke jalanNya. Buat suamiku abang AHH yang tidak jemu menasihatiku walaupun melalui warkah persahabatan ketika itu. Kata nasihatmu kujadikan azimat hidupku. Buat ibubapa dan adik-beradik ku yang menyokong perubahan drastik ini, kalian sumber ilhamku. Buat sahabat seperjuangan PMIUTM dan sahabat HI UK kalian pemangkin kesedaranku…Moga Nur yang melimpah di hati ini terus segar dan dapat digilap bagi menyuburkan perjuangan ini. Moga anak-anakku dapat meneruskan dan merasai NURMU ya Allah…InsyaAllah.


Lelaki Mithalli

Kaulah satu dalam seribu

pemanis hidup umpama tebu

mengisi ruang setiap kalbu

buat isteri, anak, ayah dan ibu.

Sepanjang hari membanting tulang

mencari rezeki pagi dan petang

tidak mengira apa menghalang

untuk hadapi hari mendatang.

Menjadi anak berbakti sentiasa

sebagai suami berbudi bahasa

kau ayah pembimbing berjasa

menjadi kawan disegani manusia.

Kau lelaki suri teladan

buat kami berasa segan

segala yang buruk jadi sempadan

untuk bekalan di hari depan.

Pengorbananmu lelaki setulus hati

takkan dapat dicari ganti

semoga kami dapat berbakti

menjadi anak isteri sejati.

Ya Allah…

Tempatkanlah lelaki mithalli ini di tempat selayaknya

Permudahkanlah segala hisab amalannya….Amin.